Saturday 31 March 2012

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 : Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia



Akhirnya pekeliling yang dinantikan oleh kakitangan awam iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 : Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Nak tengok maklumat lengkap gaji bagi semua jawatan dan skim termasuk Pengurusan Tertinggi serta download pekeling tersebut boleh klik sini dan kalo  nak kira berapa kenaikan gaji pon boleh klik kat sini.  Jika dibuat perbandingan kenaikan gaji 13% bawah SSM ni tinggi sikit dari SBPA.

Kalau kita tengok pekelililing kali ini lagi adalah lebih jelas berbanding pekeliing dari SBPA sebab maklumat gaji bagi semua jawatan ada dinyatakan kat situ berbanding dulu di mana Lampira C tidak disertakan sekali. Kali ni cara macam mana nak kira pun ada ditunjukkan sekali dalam pekeliling itu. Akhir sekali banyak perkara yang dapat dipelajari dari isu SBPA. Ini kerana perkara yang melibatkan gaji adalah perkara yang amat sensitif tak kira baik di sektor awam mahupun swasta.

1 comment :

  1. yuppp aku belum tengok isi pekeliling baru ni....

    klu SSM naik gaji 13% ni mmg agak tinggi ... tak di nafikan...

    cuma sedikit terkilan SBPA ada menyatakan pertukaran gred lebih tinggi pada bagi gred 17 bertukar gred 27... tak terlaksana...
    ( sebabnya mereka yang ada STPM atau sijil teknikal, atau diploma yang duduk kat gred 17 tak naik gak lah gred diorang)

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    masalah starter solenoid kereta

    ReplyDelete