Masa baca Berita Harian online katanya Proton P3-21A akan dilancarkan pada pertengahan bulan April So lepas baca, apa lagi pegi cari kat Google mana tau model baru ni dah ada kat internet. Seperti yang dijangka dah memang ada pon gambar sebenar Proton P3-21A ni.
Katanya ini adalah gambar sebenar Proton P3-21A leaked yang dapat dirakam masa tengah shooting untuk iklan kereta ini... Gambar nombor 2 yang ada lelaki tu katanya adalah gambar asal. Gambar no 1 plak katanya photoshop... Tak pasal2 lelaki dalam gambar tu dah jadi glamer kan. Antara gambar lain Proton P3-21A yang jumpa kat Google dan Funtasticko :
update
update : Proton P3-21A ni pun dah ada nama iaitu akan diberi nama Proton Preve seperti gambar yang ditunjukkan kat areanakereta.com ni dan dijangka dilancarkan pada 16 April 2012 ni..
Proton Preve Model Proton Baru 2012 | Model baru Proton,Proton Preve berenjin 1.6 liter akan ditawarkan dalam tiga varian berharga antara RM62,000 dan RM75,000 mulai 16 April ini.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohd. Tahir berkata, nama Proton Preve dipilih adalah dari perkataan Inggeris “proof” (bukti) dan “to prove” (untuk membuktikan).
Katanya, Preve yang disebut “prey-vey” adalah seiring dengan hasrat Proton untuk mencapai pasaran global dengan nama antarabangsa tersebut.
Menurutnya, tiga varian itu terdiri daripada model menggunakan transmisi manual lima kelajuan dan automatik tujuh kelajuan. Proton Preve akan dilancarkan pada 16 April ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
update : Senarai harga Proton Preve ( Proton Preve price list) dan bayaran bulanan Proton Preve (Proton Preve installment) berdasarkan 10% downpayment dan interest 2.85%:
update : Senarai harga Proton Preve ( Proton Preve price list) dan bayaran bulanan Proton Preve (Proton Preve installment) berdasarkan 10% downpayment dan interest 2.85%:
1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)
RM 59,990.00 / Metallic : 7thn - 771 , 9thn - 628
RM 59,540.00 / Solid : 7thn - 765 , 9thn - 623
RM 59,540.00 / Solid : 7thn - 765 , 9thn - 623
2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)
RM 62,990.00 / Metallic : 7thn - 810 , 9thn - 660RM 62,540.00 / Solid : 7thn - 804 , 9thn - 655
3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)
RM 72,990.00 / Metallic : 7thn - 938 , 9thn - 764
RM 72,540.00 / Solid : 7thn - 932 , 9thn - 760
RM 72,540.00 / Solid : 7thn - 932 , 9thn - 760
So daripada gambar kat atas memang berbeza la dengan gambaran Proton P3-21A yang ada kat internet sebelum ni...
Berapa harga kereta Proton P3-21A ni??? Ni harga yang dibagi tahu kat dalam Berita Harian...
Kereta dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo berharga serendah RM60,000
PROTON Holdings Bhd akan memperkenalkan model baru sepenuhnya, iaitu kereta generasi baru pertama yang direka dan dibangunkan selaras keperluan perundangan dan peraturan automotif global terkini, pada pertengahan bulan depan.
Sumber dalaman berkata, model yang dikenali dengan nama kod P3-21A itu akan dijual pada harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit, sekali gus menepati tanggungjawab syarikat sebagai pengeluar kereta nasional yang sentiasa memasarkan kereta dengan harga mampu milik tanpa berkompromi dengan tahap kualiti.
“Nama rasmi model baru yang dilengkapi dengan enjin Campro 1.6 turbo itu sudah pun dimuktamadkan kumpulan pengurusan PROTON, manakala pelancarannya pula dijangka akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor,” katanya.
Menurut sumber berkenaan, model baru itu juga akan merapatkan jurang segmen kereta antara Persona dan Inspira, seterusnya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna memiliki kereta.
Katanya, model baru itu akan menepati pelbagai penanda aras antarabangsa yang ditetapkan bagi sebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya membabitkan standard pelepasan asap selain dilengkapi ciri keselamatan termasuk empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC).
Katanya, selain ciri keselamatan, P3-21A juga dilengkapi pelbagai rekaan terkini serba lengkap, sama ada dari aspek kelengkapan aksesori mahu pun utiliti.
“Menariknya, cermin sisi model baru ini akan berfungsi secara automatik dengan melipat ke dalam setiap kali pemilik kenderaan mengaktifkan sistem penggera kereta dan ia juga akan terbuka semula sebaik kenderaan dihidupkan dan mula bergerak di bawah halaju lima kilometer,” katanya sambil menambah bonggol tengah di tengah lantai ruang kaki belakang juga lebih rendah sekali gus menjadikan ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit.
So kalo nak tengok model Proton P3-21A ni yang sebenarnya tunggula bulan 16/4 ni nanti..
Label : Bayaran Bulanan Proton Preve Installment, Senarai Harga Proton Preve Price List, Spesifikasi Proton Preve, Warna Proton Preve.
cun ;)
ReplyDeletewahhhhh tak pasal-pasal mamat tu tumpang glamor ..... eeehhh dah nak kluar dah tak lama lagi.... dah banyak variasi proton sekarang ni yerr
ReplyDelete~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy tukar manual transmision oil
Pertanyaan kamu...
ReplyDeletebro...kalo kat jb, tempat halfcut kat mana yg ok ehh???
jawapan kami...
Cuba ko usha-usha kat area Permas jaya banyak halfcut kat sana... lagi satu kat kulai jalan menuju kota sebelum taib andak ( Kian yup punya hulf cut murah-murah )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy tukar manual transmision oil
smart aa proton baru ni!!
ReplyDeletecantik lah..
ReplyDeletehttp://funtastickodesign.wordpress.com/2012/02/14/panas-gambar-info-lengkap-mengenai-p3-21a/
ReplyDeletenew shttp://funtastickodesign.wordpress.com/2012/02/24/panas-gambar-terkini-p3-21a/pyshot leaked
ReplyDeletewah menarik nie.. tapi takleh beli keta baru ler skrg nie.. next time kot ;)
ReplyDeleteOk... boleh tahan... tapi I tak suka dengan sedikit lekuk kat bawah logo Proton kat grille depan tuh. Identiti? I rasa dari segi design, lekuk tuh tak kena langsung!
ReplyDelete