Friday 2 December 2011

Sejarah Air Asia

 
Sekarang kalo sebut Air Asia semua orang tau. Lagi plak dengan slogannya Now Everyone Can Fly. Sebelum ni pun pernah buat entry pasal Air Asia jugak. Kalo sebut  Air Asia mesti yang terlintas selalunya promosi tiket murah, LCCT kat Sepang tu, Tony Fernandes. Air Asia tu Tony Fernades, Tony Fernandes tu Air Asia memang tak dapat dipisahkan. Dari bidang muzik (dulu Tony  bos Warner Music) boleh beralih ke bidang airline. Tapi kita tau tak macam mana sejarah Air Asia tu boleh bermula dan macam mana Tony Fernandes bangunkan Air Asia.


Tadi ada terjumpa satu interview dengan Tony Fernandes kat website Agenda Daily. Semua perkara dari start dia ambil alih sehingga da berjaya sekarang ada diceritakan dalam interview tu.


Dari interview tu banyak benda yang dapat tau. Antaranya :
1)                  Dulu Air Asia sebenarnya anak syarikat kepada DRB Hicom.
2)                  Tony Fernandes n the geng (Datuk Kamarudin Meranun, Datuk Aziz Bakar dan Datuk Pahamin Ab. Rajab) melalui syarikat dia orang Tune Air Sdn. Bhd ambil alih Air Asia dari DRB Hicom dengan harga RM1. Tapi time beli tu Air Asia ada hutang RM40juta, cuma ada 2 kapal terbang dan staf 254 orang.
3)                 Ramai kata AK tu maksudnya Ananda Krishnan tapi sebenarnya bukan. AK tu kod yang digunakan untuk kapal terbang Air Asia sejak dari DRB Hicom lagi. Contohnya kalo MAS guna kod MH.
4)                  Mula ambil alih 8 September 2001.
      5)         Laluan pertama yang dapat ke Langkawi.

Memang panjang la cerita dia. Nak tau lebih lanjut lagi silalah baca kat Agenda Daily ni atau kat Wikipedia.

6 comments :

  1. Akak pernah tengok interview dia masa mula2 dulu tahun 2002 tak silap akak.. dia masa tuh nak tiru idea ryanair kat UK nie.. masa tuh pun akak br jek balik dr UK..

    Alhamdullilah skrg nie dah byk journey dia pergi.. masa thn 2006 dulu sebelum akak dtg sini.. tak byk journey dia p.. skrg nie dah byk tpt dia cover kan.. rasanya klu akak kat mesia time tuh.. mesti dah sakan akak travel ;)

    ReplyDelete
  2. @akak tcc
    akak kat UK lagi untung sbb banyak pilihan utk airline yg murah2 ni kn...

    ReplyDelete
  3. kutooo pun pernah g UK tp susah gak nak cari fligh murah2 dari mana ku-cit dpt info yg UK murah.. nak tau jugak..

    ReplyDelete
  4. apa pun sebenarnya banyak perbezaan Mas dan Airasia ni....

    dari segi service, tambang bagasi, harga tiket dan caj dikenakan...

    aku rasa Mas lebih murah kerana 20kg bagasi ... tetapi kalau Airasia 15kg dah kena caj...

    juga claim bag rosak Mas dah siap insuran tetapi Air asia kena beli insuran dulu baru claim

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    tip pilih sport rim kereta

    ReplyDelete
  5. @afzainizam
    dah nama pun tambang murahkan, so kalo nak tambah apa2 lg kena belilah kn...

    ReplyDelete
  6. excellent story bro.....air asia story was really inspiring

    ReplyDelete