Wednesday 29 June 2011

Eh siapa Mira Edora tu?

"Aku & Mira Edora"




”Mana Mia dapat ais krim vanilla ni? Kan tadi kita beli aiskrim coklat?” aku bertanya
”Aiskrim coklat yang kita beli sama2 tadi jatuh....Then ada sorang aunty ni datang, dia kata jangan nangis ehh, nanti aunty belikan yang baru ehh..” Jawab Mia
”Mana aunty yang belikan aiskrim ni? Papa nak ganti balik..”Soal aku lagi
”Papa tak payah ganti balik sebab aunty tu kata dia belanja...Lepas aunty tu beli kan aiskrim ni, dia terus balik sebab dia kata dia ada hal... ”Jawab Mia dengan selamba...Petah betul Mia bercakap sekarang ni..Sebagai bapa aku amat menghargai anugerah tuhan...Ini lah satu-satunya harta aku bersama dengan arwah Hana yang telah pergi 4 tahun yang dulu...
”Dah jom la kita balik Mia hari pun da petang ni” lantas aku memimpin tangan Mia ke kereta...

Semasa di lampu isyarat, aku behenti sebelah kereta warna pink lalu Mia terus menjerit
” Papa, aunty dalam kereta merah tu la yang belikan aiskrim tadi. Cantikkan dia pakai shawls tu” Aik Mia ni kecik2 lagi dah tau pasal shawls bisik hati aku.
Aku terus menoleh wanita itu..Dalam masa sama, wanita yang dalam kereta itu pun turut memandang kerana terkejut dengan jeritan Mia...Ini kerana tingkap kedua-dua kereta tersebut terbuka... Wajah yang aku lihat ini seperti aku kenali..

Gambar Hiasan 

Pon...Pon..Pon...”Papa jalanlah, kan lampu dah hijau tu” serta merta lamunan aku terhenti...Semasa aku memandu, wajah yang aku lihat tadi masih terbayang di mata aku... Mira Edora? Biar betul? Tak mungkin...Sudah lama aku lupakan wajah dan nama wanita itu...Serta-merta aku teringat peristiwa 7 tahun lalu ...

~~~~ ooooOOOOoooo ~~~~~

”Apa awk bedua buat dalam bilik ni?”Soal Mira yang muncul dengan tiba2..
”Mira, macam mana bole awak boleh ada kat sini?” Soalan dijawab dengan soalan..
”Saya tak sangka awak sanggup buat saya macam ni...Sampai hati awak..." Mira terus mendengus
”Mira, biar saya terangkan dulu...Ini semua salah faham..” Aku cuba menerangkangkan.
”Ahh..Saya dah nampak segalanya depan mata kepala saya sendiri...Mulai hari ni saya tade kena mengena dengan awak lagi...” dengan sepantas kilat Mira meninggalkan bilik hotel itu...
Aku cuba mengejar Mira tetapi Lisa yang dari tadi duduk di atas kerusi terus bangun menghalang aku..
”Lisa apa awak buat ni...U kata U tak boleh diri sebab jatuh masa kat tangga tadi”
”Memang tadi tak boleh diri, tapi bila Mira datang serta merta kaki I jadi baik...Dah lama I tunggu saat ni...Biar dia rasa macam mana I rasa...Biarla dia pergi...I kan ada..I boleh temankan U sampai bila-bila” jawab Lisa dengan selamba
”Gila..U tipu I Lisa, U saje nak perangkap I kan.”Ikut kan hati, nak ajar aku kerjakan pompuan ni..Tak kira la kerja baik ke kerja jahat...Lisa ni pon boleh tahan jugak orangnya...Tapi aku masih waras lagi...Nasib baik pintu bilik Lisa tak tertutup masa aku memapah Lisa ke bilik..Kalo tidak lagi terukla Mira pikir yang bukan2...Tapi tade apa yang aku perlu takutkan sebab aku tade buat yang bukan2 dengan Lisa pon...

Patutlah masa En. Samsul arahkan aku pergi outstation, Lisa beriya-iya mahu ikut aku sekali..Rupanya ini peluang Lisa untuk perangkap aku...Selepas kejadian tu, Mira terus berikan notis resign 24 jam...Banyak kali aku cuba menerangkan keadaan sebenarnya kepada Mira...Tapi Mira langsung tak berikan aku peluang...3 bulan kemudian Mira terus melanjutkan pelajarannya ke luar negera..Aku pula tak putus asa dan sentiasa cuba menghubungi Mira walaupun dipisahkan dengan jarak beribu batu kerana aku tahu aku di pihak yang benar...Sehinggalah satu hari aku terima emel dari Mira yang mengatakan dia akan berkahwin dengan rakan seuniversitinya di sana...Selepas terima emel tersebut aku terus behenti berharap...Behenti Berharap? Macam tajuk lagu lah plak...Kemudian aku dapat tahu, berita itu hanyala alasan yang direka oleh Mira  supaya aku tidak menganggu dan terus melupakannya..Pada aku, mungkin inilah kisah noktah aku dan Mira Edora yang aku kenali sejak di zaman universiti lagi...Biarlah semunya menjadi sejarah antara kami berdua…

~~~~ ooooOOOOoooo ~~~~~

”Kenalkan, En. Izhar staf baru kita di cawangan ni..” En. Imran, Pengurus Cawangan di sini memperkenalkan aku kepada semua staf.
”Untuk makluman semua, En. Izhar staf baru di syarikat ni dan beliau dipinjamkan oleh pihak HQ  ke sini bagi membantu kita bagi projek loji penapis minyak..Saya harap awak dapat berkerjasama dengan Cik Mira nanti bagi memastikan projek ini berjalan lancar” terang beliau sekali lagi..
Dalam hati aku tade nama lain ke? Balik2 nama Mira...Tapi tercari juga mana Cik Mira yang dimaksudkan..Rupanya Cik Mira MC hari ini...

Keesokkkan sedang aku khusyuk membaca laporan projek, seorang wanita masuk kebilik aku tanpa aku sedari...

”En. Izhar” suara wanita itu menyedarkan aku...Sudah lama aku tidak mendengar suara itu...Berderau darah aku apabila aku melihat wanita itu...
”Mira Edora” lancar suara aku menutur nama itu..

Kalo minggu lepas aku hanya memandang wajahnya tetapi kini aku bukan hanya bole memandang tetapi lebih dari itu...Hari-hari nak jumpa pon bole...Aku tak sangka di syarikat ini aku bertemu kembali dengan dia...Terasa kecil je dunia ni...Jika pertemua kali pertama itu hanya kebetulan, apa makna pertemuan kali kedua ini? Adakah ianya suratan??? Pada aku biarlah masa dan keadaan yang menentukan...

Gambar Hiasan

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun...Tanpa aku sedar projek loji penapis minyak di Tanjung Pelepas sudah hampir ke penghujungnya untuk siap sepenuhnya..Hampir setahun aku dan Mira Edora bekerjasama dengan profesional tanpa mencampur adukkan urusan peribadi...Kadang kala hati naluri terusik juga dengan kenangan lama tapi dengan status aku ni saperlah aku jika nak dibandingkan dengan Mira yang masih gorgeous dan lagi single hingga kini...

Hari terakhir aku di cawangan ini, Mira menghubungi dan mengajak aku dinner bersamanya..Yelah selepas ini aku akan dihantar ke Miri, jadi memang agak sukar untuk aku bertemu dengannya lagi..Jika bukan atas urusan kerja, aku akan sentiasa bawa Mia bersama denganku...

Aku dan Mia bertemu dengan Mira di sebuah restoran yang berhadapan dengan Danga Bay..Mira kelihatan begitu lain dari yang biasa dengan shawls warna hijaunya...Selepas selesai makan, Mia meminta izin untuk pergi bermain di ruang permainan yang disediakan di restoran itu sambil meninggalkan aku berdua dengan Mira....

”Iz, I mintak maaf kat U atas apa yang berlaku pada kita dulu” Mira memulakan bicara..
”Takpelah Mira, tu smua dah lama berlaku dan I dah  lama maafkan U” Tutur aku sambil kaver macho..
”I tau I yang salah sebab tak bagi peluang kat U dulu untuk bagi tahu keadaan yang sebenar.. Masa tu I terlalu ikutkan perasaan” Nada suara Mira berubah...Hati keras aku mula goyang bila Mira berkata2 seperti tu..
”Kalo U bole berikan I peluang kedua, I takkan sia2kan Iz, I akan tebus kesalahan I semula” jantung aku berdebar kencang seperti lepas lari 100 meter..
”Tapi Mira, I dah ada Mia...Kalo u kawen dengan I, U bukan aje jadi Isteri I tapi kena jadi mama pada Mia...U sanggup ker???” Tanya aku jual mahal..Yelah takkan nak terus setuju aje...Isi pistol dengan peluru, mesti kene berkias dulu..
”Bila masa plak I nak kawen dengan U?” Mira memulangkan paku keras pada aku...
”Kalo u taknak kawen dengan I, buat apa u mintak peluang kedua?” Aku cuba bermain teka teki dengan Mira
”Sebab I nak tebus kesilapan yang I buat dulu” jawab Mira denga ringkas sambil menahan mukanya yang semakin merah  
”Ok, I bole bagi U peluang tapi dengan 1 syarat” aku cuba bermain tarik tali
”Ohh nak bersyarat2 ehh..I tak kesah apa syarat U tu..Ok apa syarat dia” tanya Mira serius
”Betul ni tak kesah?” aku cuba redakan keadaan
”Betul la..Cakap la apa dia?” Mira tak sabar mendengarnya
”Malu la...” aku cuba untuk mengada-ngada
”Ngada2 nak malu2..Sekeh kang” tanya Mira sambil geram

Aku pon garu kepala  sambil cari kata2 yang sesuai dan secara spontan terus berkata:

Gatal kepala ada kutu,
Dayung sampan sampai hulu,
Kalo betul nak peluang tu,
2 be my wife & jadi mama Mia dulu?

Terkejut Mira mendengar kata2 yang indah itu sambil menahan malu...Sejurus kemudian Mira pun membalasnya:

Memang kepala ada kutu
Sebab tu gatal selalu
Jadi mama Mia dulu & baru kawen dengan U
Komfemlah i setuju

”Yeayyyy...Mia akan dapat mama....Papa nak nak kawen dengan aunty shawls...Nanti boleh hari2 Mia pakai shawls selalu...” tiba-tiba Mia muncul sambil aku dan Mira terus memeluk Mia...Itulah pengakhiran kepada kisah aku dan Mira Edora...

Moral Story:

1)      Jodoh pertemuan adalah ketentuan tuhan
2)      Beri peluang sesorang itu membela diri jika dia kena tuduh
3)      Jangan bertindak terburu2 nanti baru rasa terharu
4)      Fikir-fikirla sendiri...hehehe

p/s: untuk tahu Mira Edora dengan lebih lanjut KLIK SINI

16 comments :

  1. peristiwa tujuhthondoluu..he^^,

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu... pjgnya cerita... 7 tahun punya cerita kan, mau tak panjang... ekekekeke...

    ReplyDelete
  3. nasib baik 7 thn punya citer...kalo 17thn punya citer tak tercerita hah..eheheh

    ReplyDelete
  4. terbaikk... panjang giler... leh meng lah ku-cit

    ReplyDelete
  5. terbaik. hehehe. macam tgh baca novel :D hee gud luck! thanks join!

    ReplyDelete
  6. ni akhir2 citer ader sangkutkan psl citer kutoooobamboo lak... hu2

    ReplyDelete
  7. aahh la ada citer kutu la...tp yg pnting bkn kutooobamboo kan..ehehe

    ReplyDelete
  8. isk..kenapa cm lebih kurang dgn novel ifa ada baca ek..konpius2...haha

    ReplyDelete
  9. Ish..ish..ada yang nak kena gam nih!

    ReplyDelete
  10. tiefazatie@
    cam lebey kurang tapi tak sama...ehehe

    IM@
    takmo gam2..tak suka melekit2 hah..ehehe

    ReplyDelete
  11. kretip lah hang

    ReplyDelete
  12. cantik header mira edora tu....comel je.

    ReplyDelete
  13. cantik mcm header cempaka jugakkn

    ReplyDelete
  14. tq cik yuyu sbb sponsor hadiah...

    ReplyDelete