Monday, 9 June 2014

Gelongsor Air Tertinggi Di Dunia


Siapa sini yang suka main gelongsong air yang macam kat A'Famosa Water Park atau kat Sunnway Lagoon tu. Kalo ada yang rasa cuak naik gelonsor tu dan takut sebab tinggi, sebenarnya ada yang lagi tinggi dari gelongsong tu. Gelongsor air tertinggi di dunia terletak di Beach Park Fortaleza, Brazil. Ni maklumat pasal gelonsor air tersebut.


Dengan 41 meter, bersamaan dengan sebuah bangunan 14 tingkat, slaid air Insane menyediakan 5 perasaan kedua terjun bebas pada 105 km /h. Tarikan paling radikal di taman ini.





Thursday, 5 June 2014

Kadar Peratus Tinted Kereta Yang Dibenarkan

Sejak beberapa minggu ni sibuk pasal isu tinted cermin kereta selain isu coklat cadburry. Berkenaan isu tinted pulak pada minggu ni Menteri Pengangkutan telah umumkan peratus baru tinted yang dibenarkan dan akan dibawa kepada kabinet untuk diluluskan.

Untuk peratus tinted cermin yang baru ini boleh rujuk kat gambar di bawah.







Ok faham tak tengok gambar di bawah ini??? ok kalo siapa tak paham meh sini terangkan sikit. cuba tengok gambar satu yg ada watermark JPJ tu. Untuk cermin hadapan hanya boleh dibenarkan tinted sebanyak 30% sahaja. Manakala cermin sebelah pemandu sebanyak 50%. Maksudnya kat siniboleh gelap sebanyak 30% dan 50% sahaja. Manakala gambar kedua yang ada nama paultan tu, peratus yang ditulis tu maksudnya ketelusan cahaya kena masuk. Hope paham la ye berkenaan tinted cermin ni.


Peratus tinted cermin yang dibolehkan JPJ dan Polis, Cara belajar tinted kereta, Percent car tinted, Berapa peratus tinted cermin yang dibernarkan.

Cara Mandi Wajib Yang Betul

Mungkin ramai yang dah pernah baca artikel tentang mandi wajib ini. Tapi takpe untuk siapa tak yang pernah baca dan yang pernah baca apa kata kita baca sekali lagi untuk menambahkan lagi pengetahuan kita. Manalah tahu mungkin ada yang tersilap selama ni tapi kita tak perasaan k. So bolelah kita memperbaikinya.

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.


“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .


Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Sunday, 27 April 2014

GAMBAR SEKITAR BARRACK OBAMA DATANG KE MALAYSIA 26-27 APRIL 2014

Presiden Amerika Syarikat iaitu Barrack Obama telah tiba semalam pada hari Sabtu ini, lawatan pertama Presiden AS dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966. Sebab kat Negeri Sembilan ada Felda LB Johnson sebab diambil sempena nama presiden Amerika Syraikat yang datang ke kawasan tersebeut pada masa itu.

Ok ni jadual lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia dari 26 sehingga 28 April 2014:

Sabtu, 26 April 2014:

- Ketibaan.

- Menghadap Yang di-Pertuanh Agong dan majlis makan malam rasmi negara.

Ahad, 27 April 2014:

- Lawatan ke Masjid Negara.

- Pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

- Melawat Pusat Inovasi dan Kreatif Global (MaGIC) di Cyberjaya.

- Pertemuan dengan pemimpin-pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara di Universiti Malaya.

- Pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Isnin, 28 April 2014:


- Berangkat ke Filipina



Jom kita layan gambar sekitar Presiden Barrack Obama yang telah sampai Malaysia semalam

Stanby flight Air Force One dah nak landing



Flight Air Force One safely landing

Tuesday, 22 April 2014

Peribahasa Moden

Berikut ialah antara peribahasa moden yang sangat berkait dengan keadaan semasa. 
Selamat membaca !!!!!