Showing posts with label Harga Naik. Show all posts
Showing posts with label Harga Naik. Show all posts

Tuesday, 3 September 2013

Sejarah Kenaikkan Harga Petrol Di Malaysia

Sana sini orang citer pasal harga minyak petrol yang naik 20 sen seliter berkuatkuasa 12 tengah malam tadi. Yela petrol ni kan antara isu yang sensitif, mana tak semua orang bercerita. Sebab ramai sangat yang citer pasal kenaikkan harga petrol ni, tau tak sepanjang 23 tahun berapa kali harga petrol naik. Ok ni fakta yang jumpa kat internet harga petrol di Malaysia sejak tahun 1990 sehinggalah kenaikkan pada hari ini.
Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85 (kenaikan RM0.05)
04/12/2010 - RM 1.90 (kenaikan RM0.05)
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20) 
Zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 13 tahun (1990 - 2003) harga minyak naik sebanyak 46sen.Zaman era pemerintahan Tun Abdullah selama 5 setengah tahun (2003 - 2009) harga minyak naik sebanyak 1.38sen dan turun sebnyk 90sen. Zaman era pemerintahan Dato'Seri Najib TunRazak selama 4 tahun (2009 - 2013) harga minyak naik sebanyak 25sen. Apa pun masa tahun 2008 selepas beberapa bulan lepas pilihanraya, harga petrol naik sebanyak 78 sen. Kini selepas 5 tahun, selepas pilihanraya juga perkara yang sama berlaku lagi... Adakah ini semua kebetulan??? Renung-renungkan..... Sama ada suka ke tak suka, apa pun selamat menikmati kenaikan harga petroll...
 
 

Saturday, 4 June 2011

Tarif Elektrik Naik

Minggu lepas boleh kata setiap hari keluar kat tv pasal subsidi elektrik. Siap dalam berita pon ada cerita pasal elektrik ni... Tup..Tup beberapa hari lepas tu kerajaan bagi tahu tarif elektrik dinaikkan.. Ayat standard lepas bila harga naik,  kenaikkan ini tidak membebankan pengguna dan harga negara di negara ini adalah yang terendah berbanding dengan negara jiran.. Hehehe

Nasib baik harga petrol tak naik... Yang naik cuma petrol RON97... Kalo yang RON95 naik mesti ramai orang bising dan tak puas hati...Maybe lepas pilihan raya gaknya baru RON95 ni dinaikkan... Sebut  pasal pilihan raya ni, baca2 kat blog2 lain kata ada pengumuman penting pada 9 JULAI ni?? pasal apa  ehh... So tunggu jelah 9 JULAI ni nanti kan...