Sunday 14 December 2014

Darah dan jenis-jenisnya

Kalau sebut pasal darah semua akan terfikir darah tu bewarna merah..Tapi sebenarnya darah pun ada warna putih...Tak semua orang jugak yang berani tengok darah..Ada yang tak boleh tengok darah dan bila kalo tengok boleh pengsan.

Ok ni info ringkas pasal darah yang diceritakan dalam wikipedia




Darah manusia adalah cecair tisu; fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah.

Darah manusia berwarna merah, antara merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh hemoglobin, protein pernafasan (respiratory protein) yang mempunyai besi dalam bentuk heme, tempat oksigen bergabung.

Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung, pam otot. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen keseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui vena.

Lihat sistem kitaran untuk gambaran terperinci mengenai kitaran ini.Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.



Darah ni pulak ada macam2 jenis...Dulu cuma tau 4,5 jenis iaitu jenis A, O AB...Rupanya ada lagi yang (-) plak.Antara jenis darah adalah A+, O+, B+, AB+, A-, O-, B- dan AB-. Tak semua orang boleh terima darah dari jenis yang sama dan tak semua orang boleh terima darah jenis yang berlainan. Untuk paham kita tengok gambar yang dapat dari google macam kat bawah ni untuk bagi lebih jelas:


So lepas ni kalo sesiapa yang masih belum tahu jenis darah masing2, so bole pegi klinik untuk tentukan jenis darah masing2 ok...

No comments :

Post a Comment