Thursday, 14 August 2014

Pengalaman Transit Di Istanbul : Istanbul Kita Singgah



Singapore - Istanbul - Dublin

Bila tengok filem Istanbul Aku Datang, wah boleh tahan cantik jugak Negara Turki ni. Dalam hati entah bila lah boleh sampai ke sana. Tapi orang kata kalau dah rezeki tak ke mana.

Istanbul, Turki

Dipendekkan cerita  pada bulan Januari awal tahun ni dapatlah merasa jugak jejak ke Istanbul. Nak tulis kat blog pun tak terlulis2. Baru hari ni dapat tulis kat blog ni..Tapi aku jejak ke Istanbul tak lama pun cuma 8 jam je… Hah jangan terkejut...Tu pun sebab nak gi Ireland dan kena transit kat Istanbul...Naik flight Turkish Airline.... Transit kat sini adalah dalam 8 jam..

Bertolak dari Changi Airport, Singapore pukul 12.30 mlm. Sampai Ataturk Airport, Istanbul tu dalam pukul 6.00pg.... Wah mcm gini rupanya musim sejuk ..Yelah.org tak pernah rasa musim sejuk....Terus keluarkan jacket...Bibir trus rasa kering...Suhu dalam 5 darjah celcius gitu...

Nak tunggu next flight ke Ireland lama lagi dalam kul 2ptg...Sebab panjang sangat masa transit so better kuar jln2 ke bandar Istanbul...mula2 rasa mcm tak berani nk kuar airport tapi gamble je la orangg kata...Kalo tak kuar airport tak merasa la nak jejak Istanbul dan sebab tak tau bile lagi nak gi Europe...

Nak cop passport kat immigresen tu tengok notis board Malaysia tak kena visa...Time kat kaunter pon dia cuma tanya apa nama  tu je...So memang lancar lah proses kat immigrresen walaupun orang ramai beratur

Sebelum fly tu adalah search skit cara nak gi bandar dari airport tu...Pass da kuar airport trus tuka duit lira...Tuka 20euro dapatla 60lira...3lira gitu caj untuk money changer tu...Kalo nak tukar duit banyak better tukar kat Bandar sebab tak kene caj.. Then trus gi cari metro nak ke bandar..Metro tu pun dlm area airport gak cuma kene jalan jauh skit..Ada banyak signboard Metro tu. So tak payah risau. Then beli tiket metro yang namanya  jotun...Jotun tu beli kat mesin aje..Tiket dia mcm syiling LRT tu...Tapi lepas masuk coin tu trus tak kuar blk...Sebab bile kita nak keluar nanti just tolak je palang tu..


Peta route Metro ni kena ada sebab senang nak rujuk


Dari airport turun kat Stesen Zeytinburnu...Then kena tuka dgn tram plak...Amik tram yang tulis Kabatas. Time ni time org nk gi keje...Memang penuhla tram dia....Terasa asing sebab aku and wife je muka org luar...Time ni baru tau tram ni guna jln raya biasa dan kongsi jln dgn kereta..ada masa tram ni kene stop bg laluan pada kereta..
 Stesen Zeytinburnu
 Pemandangan sekitar Zeytinburnu

Dari stesen Zeytinburnu nak ke Sultanahmet adalah dlm setgh jam...Sbb jln pon jem hah...Sampai stesen Sultanahmet trus nampk Masjid Sultanahmet atau dikenali Blue Mosque...then trus gi Blue Mosque dan amik gambar... Pass gi masjid ni pusing2 area sini..Sebelah tu plak Haga Sophia... 
 



Then beli fridge Magnet n souviner lain skit...FM ni kena pandai pilih la dari 1fm =5lira hingga 3 =10 lira pun ada. So far dekat area Stesen Sultanahmet ni memang banyak kedai..So bolelah pusing jalan2 kat situ je bagi orang yang tak banyak masa macam aku...


Kedai sekitar Blue Mosque


Penjual dia pon peramah. then ada pakcik bila tau kt dr malaysia lg la dia peramah siap bebual n puji2 malaysia lg...so dekat area sini nampak ramai jugak la org malaysia yg jalan2...Semuanya jln sendiri tak guna travel agent pon...


Dekat kol 11 amik tram trus balik semula ke airport...Dari Blue Mosque ni amik tram yang tulis Kabatas then tukar kat Zeytinburnu dan naik metro ke airport. Nak singgah Grand Bazar, Spice Bazar tak berani plak, takot da pusing2 dalam tak sedar plak masa da jam berapa...Kang kalo lambat2 takot telepas flight tak pasal2 hah...So tu la pengalaman aku berjalan di Istanbul time transit... Kalau sesiapa yang  rasa nak pergi Isntanbul ni boleh pergi sendiri tak perlu guna travel agent. Yang penting kena study betul2 la tempat yang kita nak pergi. Lagi satu pengangkutan dia pun mudah.. Insyallah rezeki lebih boleh dtg Istanbul n bercuti lama lagi....






Label : Pengalaman Transit Di Istanbul Turki, Masuk Turki Perlu Visa, Pengalaman Berjalan dan bercuti di Istanbul, Metro keretapi dan tram di Istanbul, Cara ke bandar Istanbul dari Airport, Peta Map Metro Istanbul Cara nak keHgha Sophia Sultanahmet Blue Mosque



4 comments :

  1. Ni pergi sorang ke berpakej?
    Kos dia berapa pergi kalo sorang?
    Matawang dia camana? Mahal rm lg ke turki lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy cuma transit je bkn pegi bercuti ...

      Delete
    2. http://ayufatarina.com/diari-istanbul-13-budget-tips2-dan-panduan-merancang-perjalanan-di-istanbul

      Delete
    3. http://ayufatarina.com/diari-istanbul-13-budget-tips2-dan-panduan-merancang-perjalanan-di-istanbul

      Delete