Friday 15 February 2013

Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)



Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) boleh dibuat melalui laman web BL1M. 
Klik SINI



Maklumat Ringkas / FAKTA Bantuan Lesen 1Malaysia
Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.
Akan berjalan serentak setelah dirasmikan
Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali




Antara SYARAT PENYERTAAN
1.
Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
2.
Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
3.
Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
4.
Sihat tubuh badan
5.
Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
6.
Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
7.
Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
8.
Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
9.
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@bl1m.my atau hubungi talian helpdesk
MyEG 03-7801 8888
10.
Tiada cara pintas (tengok tu macam mana pun kene ikut syarat jugak)





Salah satu usaha kerajaan selepas mewujudkan macam2 produk yang ada 1Malaysia. Sepatutnya perkara seperti  ini kerajaan dah lama wujudkan. Tapi apa2 pun better late than never. Macam mana pun saya tidak layak. Lepas dah baca syarat-syarat dan jika rasa layak apa tunggu lagi, cepat-cepat isi Borang BL1M.

Isi Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Klik SINI









No comments :

Post a Comment