Monday 14 May 2012

Harimau Muda di Singapore League

Semalam ada tengok game melibatkan pasukan Harimau Muda lwn Tampines Rovers di Stadium Yishun, Singapura. Kalo nak tau Stadium Yishun ni adalah gelanggan tuan rumah bagi pasukan Harimau Muda di Liga S. Stadium Yishun ni pon tadelah besar sangat. Kalo kat Malaysia ni standard saiz stadium macam kat universiti.  

Sebenarnya dah lama nak  tengok tapi baru semalam bekempatan pegi tengok kat sana. Harga tiket plak SGD6. Kira okla tu tade la mahal sangat. Tu yang penyokong Malaysia pon ramai tengok gak.. Kesudahan game ini Harimau Muda kalah.

Harimau Muda (2) Vs Tampines Rovers FC (3)


Sebab semalam kalah dari tangga kedua terus turun tangga ke keempat. Tengok game ni rasa geram jugakla bila dah last2 tu nampak sangat pengadil dia berat sebelah. Geram punya pasal asyik berat sebelah je, sampai player Malaysia Fadli Shas siap tunjuk isyarat lucah lagi kat penjaga garisan. Nasib baik kena kad kuning aje. Bila Tampines dan lead 3-2, skit-skit player dia nak injure. Penyokong Malaysia yang boleh tahan ramainya apa lagi siap nyanyi lagu enjet2 semut. 

Mula-mula sopan lagi lagu dia macam ni:

Enjet-enjet semut
Saper sakit keluar padang
Enjet-enjet semut
Saper sakit keluar padang
Enjet-enjet semut
Saper sakit keluar padang

Bila da geram sangat terus lagu tu bertukar jadi macamni:

Enjet-enjet semut
Saper sakit keluar padang
Enjet-enjet semut
Saper sakit keluar padang
Enjet-enjet semut
Saper sakit pergi mampos
Hah kau...tak agak2 penyokong Malaysia menyanyi. Memang riuhla time tu sampai aku pn lupa nak rekod.. Kalo tak bole letak kat youtube...eheheh.. Tapi even penyokong Malaysia ni da nampak ganas, peraturan tetap dia ikut.. Boleh pun ikut peraturan kat tempat orangkan. Aku tengok, walaupun dah geram tade sorang pon baling botol ke padang. Yelah nak baling camne botol air pun tak dibenarkan bawak masuk. Dah tu tade sorang pun penyokong Malaysia merokok dalam stadium sebab tak dibenarkan. Kalo nak merokok boleh tapi kat luar stadium. Dia punya security pun sentiasa check. Kalo tengok game kat Malaysia dah berkepul2 asap sampai sesak nafas dibuatnya...

Ok da jom layan gambar yang sempat diambil sebelum game start. Bile game dah start trus tak ingat nak amik gambar.


Antara Penyokong Harimau Muda

3 comments :

  1. Rakyat M'sia mmg pandai menyanyi...kreatif pulak tu :)

    ReplyDelete
  2. ohhhhh sekarang ni mmg demam bola... apa pun sukan terutama bola mmg ramai yang jadi fanatik....


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy repair door trim kereta

    ReplyDelete