Wednesday 18 May 2011

Bateri Kereta

Sejak akhir-akhir ni, kereta susah betul nak start. Kalo nak start je mesti bunyi tik tik. Tanya orang lain ada yang kata bateri da kong,ada yang kata starter nak kena tukar pon ada. Konfius gak dibuatnya.

So, ahad lepas  kereta memang terus tak boleh start plak. Cuba banyak kali pon memang tak boleh. Then tolak kereta pon tak boleh start jugak. Maybe sebab sorang je yang tolong tolak sebab tu tak boleh start kot. Minggu lepas macam ni jugak tapi ada tiga orang tolong tolak so senang jela nak start. Then bila da tak boleh jugak, try masukkan bateri kereta lain, wah senang plak start.

So rasanya memang bateri kereta ni da kong, da memang nak kena tukar. Then pegila cari bateri. Sebab hari ahad memang kedai banyak tutup. Then pegi Taman Universiti, tengok banyak plak kedai yang jual bateri bukak. So apa lagi, terus survey harga dari satu ke satu kedai, banyak gak yang disinggah. Lagipun kedai dia dekat-dekat. Then tengok harga tiap satu kedai ni memang tak sama even ada yang jual brand yang sama. Cuma kedai yang pertama je yang tak bole trade-in. Ni harga bateri kering @ yang tak perlu letak air bateri tu:


Bateri Motolite


Time tengah pasang bateri baru tu, baru perasan bateri lama yang nama Panasonic ni (jenis bateri kering) start guna bulan Oktober 2007. Sebab kat bateri lama tu ada tampal sticker. So lama jugak pakai bateri tu dekat 3 tahun 7 bulan hah.Lagi 5 bulan nak masuk 4 tahun. Wowww!!!!

So bateri yang baru yang mula guna pada 15 Mei 2011 ni nak tengok plak berapa lama boleh tahan. Kalau lagi lama lagi bagus. Harap-harap macam gitulah.

No comments :

Post a Comment