Mungkin ramai yang dah pernah baca artikel tentang mandi wajib ini. Tapi takpe untuk siapa tak yang pernah baca dan yang pernah baca apa kata kita baca sekali lagi untuk menambahkan lagi pengetahuan kita. Manalah tahu mungkin ada yang tersilap selama ni tapi kita tak perasaan k. So bolelah kita memperbaikinya.
MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?
Jangan Pandang Remeh Bab ni.....
Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah
disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di
tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya
dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang
itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau
duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2
keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota
badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49,
menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi
di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat
Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,
mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun
mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu
juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib
dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri
Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai
mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.
Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi
rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun
mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di
badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat
mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”