Wednesday, 21 May 2014
Sunday, 27 April 2014
GAMBAR SEKITAR BARRACK OBAMA DATANG KE MALAYSIA 26-27 APRIL 2014
Presiden
Amerika Syarikat iaitu Barrack Obama telah tiba semalam pada hari Sabtu ini,
lawatan pertama Presiden AS dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon
B. Johnson pada 1966. Sebab kat Negeri Sembilan ada Felda LB Johnson sebab
diambil sempena nama presiden Amerika Syraikat yang datang ke kawasan tersebeut
pada masa itu.
Ok ni jadual lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia dari 26 sehingga 28 April 2014:
Sabtu, 26 April 2014:
- Ketibaan.
- Menghadap Yang di-Pertuanh Agong dan majlis makan malam rasmi negara.
Ahad, 27 April 2014:
- Lawatan ke Masjid Negara.
- Pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
- Melawat Pusat Inovasi dan Kreatif Global (MaGIC) di Cyberjaya.
- Pertemuan dengan pemimpin-pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara di Universiti Malaya.
- Pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat.
Isnin, 28 April 2014:
- Berangkat ke Filipina
Jom kita layan gambar sekitar Presiden Barrack Obama yang telah sampai Malaysia semalam
Stanby flight Air Force One dah nak landing



Flight Air Force One safely landing
Tuesday, 22 April 2014
Sunday, 9 March 2014
Gambar Sebenar Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) MH370 yang hilang???
Sekarang tengah kecoh pasal kapal terbang MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan setakat ini... Then ada jugak orang post gambar kapal tentera yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat MH370 macam kat bawah ni...
Gambar yang orang kata kapal tentera tengah cari MH370
Bila tengok balik aku ada gambar macam ni gak...Ni gambar dari aku pulak
Gambar yang aku amik bulan lepas
Cuba tengok balik??? Lebey kurang tak dengan gambar yang aku amik ni bulan lepas.... So far gambar ni aku ambil sebelum flight nak landing kat Airport Changi Singapore...Airport Changi ni memang betul2 dekat sebelah laut dan dekat situ pun memang banyak kapal sebab pelabuhan singapore tak silap nama dia Keppel Port pun tak jauh dari situ...
Motipnya bila isu2 panas macam ni biarlah sesuatu maklumat yang kita sampaikan tu benar kan..
label: Gambar operasi mencari pesawat MH370 yang hilang, bangkai MH370 telah ditemui kapal tentera digunakan mencari kapal terbang MH370
label: Gambar operasi mencari pesawat MH370 yang hilang, bangkai MH370 telah ditemui kapal tentera digunakan mencari kapal terbang MH370
Monday, 27 January 2014
AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI

Semua orang pernah sibuk pernah cakap ayat macam tu kan. Tetapi sesibuk mana pun kita sebenenarnya masih ada masa lagi.. Kadang2 tipu kalo ada orang kata tade masa. Sebenarnya masa ada cuma macam mana kita uruskan masa tu sebenarnya penting. Ok jom kita baca satu cerita yang aku jumpa di internet dan agak menarik yang boleh dikongsikan dan diambil iktibar.
Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & bini, kawan-kawan, business, orang tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua cawan kopi.
Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.
Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.
Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”
Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.
Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”
Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.
Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!
Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.
“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.
“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.
“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”
Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”
Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”
sumber: FB
Thursday, 2 January 2014
Tragedi Hari Pertama Bersekolah
Selamat Tahun Baru 2014 dan selamat kembali ke sekolah. Kepada sesiapa yang mempunyai anak yang baru masuk ke sekolah so pesan2 la kat anak2 jangan sampai jadi mcm ni yer. Malang sentiada tidak berbau. So hati2 walau di mana sahaja berada.
Sumber Dari SINI
Friday, 27 December 2013
Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk Bujang - RM300 dan Ketua Isi Rumah - RM 450 dan RM 650
Permohonan Online boleh dibuat di www.hasil.gov.my
sila KLIK SINI
Bagi permohonan manual borang permohonan BRIM 2014 boleh di
dapati di laman web LHDN
Untuk borang yang lengkap sila ------->>>> KLIK SINI
Contoh Borang BRIM 3.0 Tahun2014
Sebelum memohon kena tengok dulu apa syarat-syarat permohonan BRIM 3.0. Bantuan BR1M terbahagi kepada 3 seperti berikut:
Isi Rumah
|
Syarat
|
Bantuan
BR1M RM650
|
|
Isi Rumah
|
Syarat
|
Bantuan
BR1M RM450
|
|
Individu
(Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun duda
|
Syarat
|
Bantuan
BR1M Bujang RM300
|
|
DEFINISI ISI RUMAH
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya:
- Berkahwin
- Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas (sebatang kara)
- Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
- Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
So apa tunggu lagi, selamat memohon kepada semua yang layak...
Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk Bujang - RM300 dan Ketua Isi Rumah - RM 450 dan RM 650, Borang BRIM 2014, Download Borang BR1M 3.0 Tahun 2014 Cara-cara memohon BR1M BRIM 2014 3.0 borang br1m online isi borang br1m secara online borang br1m untuk bujang isi borang br1m, syarat-syarat permohonan Brim 2014, syarat gaji permohonan brim 2014
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)








