Saturday, 17 November 2012

Harga Tiket Sanrio Hello Kitty Town @ Hello Kitty Malaysia & The Little Big Club



UPDATE : Nak beli tiket boleh klik SINI


Sanrio Hello Kitty Town atau Hello Kitty Malaysia telah pun dibuka di Nusajaya, Johor….Bila buka nya, aku pon tak tau…Tapi yang penting da buka sekarang… Hello Kitty ni terletak dalam Puteri Harbour Family Theme Park….Kalo tak tau jalan bole tengok map kat bawah:



So kalo indoor theme park ni komfemla ada air-cond….Tak payah risau kena panas kene hujan macam kat Legoland…. Bukan aku kata, tapi ramai orang yang kata dan memang kenyataan pun…Hehehe… Selain Hello Kitty kat Puteri Harbour Family Theme Park ni pun ada The Little Big Club dan Lat’s Place… 


Tapi Lat’s Place belum bukak lagi.. Hello Kitty ada kat level 2 dan Little Big Club kat level 3.  So ni harga tiket untuk Hello Kitty dan The Little Big Club.



Attraction
Ticket Type
Regular Price
With MyKad
Sanrio Hello Kitty Town
Adults / Children
RM 65.00
RM 50.00
The Little Big Club
Adults / Children
RM 65.00
RM 50.00
2 Park Pass
Adults / Children
RM 110.00
RM 85.00

Nak beli tiket boleh pegi kat www.playtime.com.my.. Klik je SINI


Kalo tengok tiketnya boleh tahan jugak harganya… Maybe akan ada yang kata murah dan ada yang kata mahal tiket ni…. Yela theme yang guna jenama antarabangsa ni memang susah nak murah2…. Tapi yang penting harga tiket dia lagi murah dari Legoland…. So kalo kita rasa mahal tak payah beli dan tak payah pegi… Abis citer…Hehhehe…Jangan marah….Peace no war….



Key word : Harga Tiket Sanrio Hello Kitty Town / Hello Kitty Ticket Price Malaysia Adult & Chlidren, Harga Tiket The Little Big Club Ticket Price Adult & Children, Harga Tiket Lat’s Place Ticket Price, Harga Tiket Puteri Harbour Theme Park Ticket Price Adult & Children.





Thursday, 8 November 2012

Senarai Lokasi AES ( Automated Enforcement System )

Senarai Lokasi AES. Klik SINI

Sekarang ni banyak betul orang cerita pasal AES. Tapi bila tanya apa maksud huruf A, E dan S tu ramai yang tak tau.  So AES ini adalah singkatan kepada Automated Enforcement System atau dalam Bahasa Melayu nya Sistem Penguatkuasa Automatik. Senang cerita perangkap had laju /speed trap la AES ni..

Sebut AES ini ramai yang setuju dan ramai jugak yan tidak setuju baik dari pihak kerajaan dan pembangkang dan jugak orang ramai. Tapi yang bagusnya kerajaan ada bagi tau di mana lokasi AES ni. Siap ditunjukkan lagi lokasi AES ni kat Laman Web Kementerian Sains Tekonologi dan Inovasi (MOSTI). Nak tau klik je SINI.

Kalau siapa yang pakai  handphone yang ada Android pon download kat GOOGLE software dia. Pakai je software  AES Detector ( KLIK SINI )  atau AES Detector with Map ( KLIK SINI ). Kalau guna iPhone plak boleh ( KLIK SINI ).

So bagusla kalo dah bagi tau lokadi dia awal. Tadelah tau2 je kena saman macam saman ekor sebelum ni.

 Senarai lokasi AES:

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Utara:-
•             Di bawahjambatan 456km Sungai Buloh
•             Di bawahjambatan persimpangan Bukit Lanjan 459KM
•             Di bawahR&R Jejantas Sungai Buloh
•             Jambatanterakhir selepas sebelum toll Sungai Besi 309KM
•             Under thebridge at 296.5km, Bangi junction.
•             Under thenewly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
•             Under thebridge at 286.5km, Nilai North junction


Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan:-
•             Belowsignboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
•             Under thebridge after Subang junction at 11.3km.
•             Under thebridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
•             Under thebridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
•             Under thebridge at 302.8km, Kajang junction.
•             About 1kmsouth of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
•             At296.5km and 297km, Bangi junction.
•             Under thenewly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
•             At285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
•             On centerdivider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
•             AfterAlor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
•             Behindthe right hand crash barrier at 198.4km.
Lebuhraya ELITE Hubungan Timur/Tengah/Utara
•             On lefthand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
•             Under theoverhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
•             Below thebridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.


Lebuhraya ELITE Hubungan Barat Tengah/Selatan
•             Under theoverhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
•             Below thebridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
•             Afterexit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90k


NKVE Arah Timur/Utara
•             300mbefore Jalan Duta toll, 60km/h!
•             Behindcrash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km,80km/h!
•             Belowbridge at Damansara Junction, 17.5km


NKVE Arah Barat/Selatan
•             Behindcrash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and25.7km, 80km/hr
•             From JlnDuta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
•             From JlnDuta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
•             Behindcrash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
•             Belowrailway bridge at 11.2km
•             Under thebridge at Shah Alam junction.


Lebuhraya KESAS Timur
•             Under thebridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
•             KesasWest Bound
•             At SgBesi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City
•             JalanDuta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.


Lebuhraya KESAS – KLang
•             Dualcarriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about13km mile stone. 70km/h only!


Lebuhraya Pantai Timur
•             Eastbound, downhill run after Raub junction.
•             Maran,60km/h zone.
•             PayaBungor, 70km/h zone


Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
•             Tangkakjunction.
•             Under thebridge after Yong Peng
•             Northjunction at 97.3km.
•             AyerHitam junction.
•             Sedenakjunction


Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara
•             AroundAyer Hitam in 60km/h zone.
•             BeforePerwaja Steel.
•             Sg Petanijunction.
•             BetweenSeberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
•             PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.


Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan
•             PenangBridge Island end. Speed limit 80km/h.
•             About 2kmbefore Juru Toll Speed limit 90km/h


Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara
•             Under thebridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
•             Under thebridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
•             Under thebridge at 208km, before Kamunting Junction.
•             Under thebridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
•             IpohVista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
•             Under thebridge at 271km, Ipoh North Junction.
•             Under thebridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
•             Under thebridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
•             Under thebridge at 296km, Gopeng Junction.
•             Under thebridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
•             Under thebridge at 353km, Sungkai Junction.
•             Under thebridge at 373km, Slim River Junction.


Kawasan Perak Arah Selatan
•             Under thebridge at 199km, before Kamunting junction.
•             Under thebridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction.
•             Under thesign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
•             Under thebridge at 297km, at Gopeng Junction.
•             Under thebridge at 300km, after Gopeng junction.
•             Under thebridge at 308.6km, after Gopeng junction.
•             Under thebridge at 372.6km, at Slim River junction.

Wednesday, 31 October 2012

Wordless Wednesday # Mari Bergambar


Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) untuk Bujang - RM250 dan Ketua Isi Rumah - RM500



*Bagi Permohonan BR1M 3.0 Tahun 2014 sila KLIK SINI

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dilakukan secara online dengan merujuk kepada laman web Kementerian Kewangan atau menggunakan borang yang boleh didapatkan mulai  1 November 2012. Bagi permohonan secara manual borang BRIM permohonan boleh di dapati di:

    • Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
    • Pejabat Daerah  
    •  Jabatan Pembangunan Persekutuan  
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat 
    • Jabatan Penerangan 
    • Permohonan Online boleh dibuat di http://www.treasury.gov.my (KLIK SINI) atau  www.hasil.gov.my (KLIK SINI)
         
        Contoh Borang BRIM 2.0
      Untuk Borang Yang Lengkap ---->> KLIK SINI



      Bantuan untuk kali kedua ni juga terbuka kepada orang bujang yang berumur 21 tahun ke atas berbanding sebelum ni yang hanya untuk Ketua Isi Rumah sahaja yang mendapat RM500.

      BRIM 2.0  untuk Bujang RM250

      Bagi individu bujang berumur 21 tahun keatas pendapatan hendaklah  RM2000 ke bawah untuk layak dapat bantuan RM250. Ni syarat untuk bujang:

      Individu (Bujang)
      Syarat
      Bantuan RM250
      • Warganegara Malaysia
      • Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan
      • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
      • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250

      Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan dokumen berikut:
      • Salinan kad pengenalan
      • Penyata/slip gaji bagi pemohon yang menerima gaji

      BRIM 2.0 untuk RM500 (Ketua Isi Rumah)

      Untuk Ketua Isi Rumah pula,penerima sebelum ini yang layak tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua.Ini kerana mereka telah layak secara automatik. Untuk yang belum daftar lagi syarat permohonan seperti ni:

      Isi Rumah
      Syarat
      Bantuan RM500
      • Warganegara Malaysia
      • Berpendapatan kasar RM3,000 sebulan ke bawah
      • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
      • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah. 


      Definasi Ketua  Isi Rumah

      Ketua Isi Rumah : Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
      • Berkahwin
      • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
      • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)
      Untuk siapa yang tidak faham maksud isi rumah boleh tengok gambar kat bawah ni seperti yang diterangkan oleh pihak MOF (http://www.treasury.gov.my) :

       





       Sumber : MOF



      Kalo ada soalan atau tak paham boleh tanya dekat  email : br1m2@treasury.gov.my atau menghubungi talian hotline 1-800-222-500 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 1 November 2012.

      So untuk mereka yang layak, apa tunggu lagi jangan lupa mohon...


      Update : Tarikh Tutup Permohonan BRIM 2.0 telah dilanjutkan pada 15 MAC 2013

      Update 4 Februari 2013: Semak Keputusan BRIM 2.0  

      Status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan diketahui bermula 12 Februari 2013. Para pemohonan BR1M 2.0 boleh membuat semakan masing-masing menerusi talian hotline:


      TALIAN HOTLINE : 
      1-800-222-500
      1-300-88-3010
      Waktu operasi :
       9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)



      Setiap permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melaui pos secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.








      Monday, 15 October 2012

      Cerita Bukit Bendera, Pulau Pinang


      Dah lama tak tulis cerita baru. So kali ni nak story skit pasal Bukit Bendera. Sikit aje, tak banyak pon. Banyak gambar adalah. Siapa yang pernah sampai Bukit Bendera kat Pulau Pinang atau dalam Bahasa Inggerisnya Penang Hill... Pelik kan dalam bahasa Melayu Bukit Bendera, tapi dalam Bahasa Inggeris jadi Penang Hill plak...Naper tak jadi Flag Hill plak kan....ahahaha... Ok untuk siapa yang belum sampai, jom kita layan gambar kat bawah ni dulu:






      Landasan keretapi nak ke atas bukit






      Pemandangan dari atas bukit. 
      (klik je gambar ni utk tengok lagi jelas)
      Sampai Kepala Batas boleh nampak

      Jambatan Pulau Pinang

       Jambatan Kedua Pulau Pinang Dalam Pembinaan

      Bangunan KOMTAR

      Batu Feringgi


      Ok ni serba sedikit maklumat pasal Bukit Bendera ni:

      Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia.Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas George Town, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.

      Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, seta Masjid Muslim di puncaknya.

      Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.

      Sumber : Wikipedia


      Pengunjung nak naik ke atas bukit ni komfem la kena naik keretapi. Kalo dulu keretapinya kaler merah tapi sekarang da moden hah. Laju keretapi ni. Ni harga tiket keretapi Bukit Bendera: