Hari Ahad lepas pergi try highway ni yang baru bukak Jumaat lepas... So far, sebelum ni highway da bukak time 2009 tapi just laluan dari Senai ke Ulu Tiram dan Cahaya Baru (Pasir Gudang). So Jumaat lepas (10/06-2011) untuk laluan penghabisan dan terakhir iaitu ke Desaru (exit penawar) baru dibukak. Dalam masa sebulan ni tol tak dikenakan untuk laluan dari Cahaya Baru ke Desaru. Untuk laluan lain still kena bayar tol macam biasa. So alang-alang da free, tu yg try lalu highway ni...
Sebab apa kata highway ni pelik? Yang peliknya banyak kat laluan yang baru bukak iaitu laluan Cahaya Baru ke Desaru. Antara perkara yang pelik:
1st time jumpa highway bertol yang ada l lorong iaitu mula dari Cahaya Baru hingga Desaru ...Selalunya highway paling tidak pon ada 2 lorongkan. Bayangkan ni cuma 1 lorong aje?
Highway yang divider tengah jalannya cuma guna garisan aje... Selalunya pembahagi jalan kat tengah tu jarak dia jauhkan, then macam ada parit ker, ada guna penghadang jalan ke kan. Ni cuma guna garisan aje...
Lorong jalan tak lebar dan agak sempit...Kalo 1 lorong tapi lebar ok lagi..So nak potong kena guna jalan yang arah bertentangan..nak potong pon macam bahaya...then laluan untuk memotong pon terhad sebab ada banyak garisan berkembar...
Lorong kecemasannya kecik. Kalo ada keter rosak ker kena park atas rumput sebab lorong kecemasan dia kecik, kalo park kat situ bahaya hah...Then kalo ada eksiden ke memang komfem akan jem...
Time nak sampai Desaru tengok jem punyala panjang...Rasanya kalo tak jem setengah jam dah sampai...Ni dekat 1 jam gak hah baru sampai..Yela lagi 5 kilometer nak exit da jem...Maybe sebab jem kaunter tol sikit sangat hah...Yela cuma ada 4 kaunter aje iaitu 2 kaunter tunai, 1 touch n go dan 1smart tag...Dahtu kereta plak banyak..Yela baru bukak, then free plak tu, so ramai yang nak cubakan...Time lalu tu tengok banyak gak binatang yang mati kena langgar...Ada monyet, babi hutan pon ada..Tekejut gak tengok babi hutan pon kene langgar...Kalo tengok kat websiter SDE masa perjalanan dia macamni:

Time lalu highway ni terpikir jugak kenapala cuma ada 1 lorong kan...Patutnya da alang2 wat highway buat jela 2lorong...So next time tak payah nak upgrade tambh lorong lagi.. Then mesti next time nak upgrade lagi satu lorong kos lagi tinggi...Untuk jangka panjang mesti sesak gak highway ni...Asalkan semalam pon da jem apa lagi akan datang...Agaknya apa sebab dia buat 1 lorong kan? Takkanla sebab tade modal plak..Then kualiti jalan pon tengok agak teruk sebab banyak jalan dia tak rata... Kalo bawak laju pn bahaya jugak hah...Then laluan dari Ulu Tiram pon tengok banyak jalan yang dah bertampal-tampal...Kualiti tampal pon agak teruk... Patutnya highway ni kena wat elok2 kualiti dia...Yela tu kan kawasan pelancongan...Semalam pon tengok banyak kereta plat Singapore yang guna highway ni..So malu kalo orang luar tengok kualiti highway kat Malaysia macamni kan...
Dari Desaru balik JB tak ikot highway ni just ikot jalan biasa jer...Sebab nak singgah air terjun..Sekali tengok jalan dari Desaru nak ke Kota Tinggi pon da elok hah...Cuma masa perjalanan dia panjangla jika bandingkan dari guna highway...Time lalu highway ni pon ada lalu jambatan...View atas jambatan ni memang cantik. Tak silap jambatan ni merentasi Sg. Johor hah..Cuma sayangnya tak bole behenti atas jambatan... Kalo bole behenti rasanya ramai orang behenti atas tu...Silap2 boleh berkelah lagi atas jambatan tu...So layan gambar yang jumpa kat Google....
Time jambatan tengah buat
Panjang jambatan 1708 meter
Highway bertol yang cuma ada 1 lorong
Kadar Tol Senai ke Desaru rasanya mesti berbelas ringgit jugak rasanya
p/s:banyak gak amik gambar time lalu highway ni tapi tak dapat nk upload sebab kamera da hilang.